Saturday, 18 February 2012

AKU BANGGA JADI NEMBIAK KAMPUNG MUARA TUANG

 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Kampung Muara Tuang mengambil nama berdasarkan faktor geografinya yang berada di muara sungai Batang Samarahan. Maka perkataan ‘muara’ telah diabadikan sebagai nama kampung. Perkataan ‘tuang’ pula diambil kerana menurut cerita warga emas kampung tersebut, air sungai di muaranya seolah-olah dituang mengalir ke anak-anak sungai berhampiran. Kedudukannya yang unik menjadikan ia satu kawasan penempatan yang sesuai didiami penduduk sekitarnya.Bilangan populasi  penduduk kampung muara tuang yang diperolehi daripada Majlis Daerah Samarahan ialah seperti berikut:

BILANGAN POPULASI
Pecahan Umur
LINGKUNGAN UMUR
BILANGAN
0 – 10 tahun
168 orang
10 – 20 tahun
152 orang
20 – 30 tahun
194 orang
30 – 40 tahun
175 orang
40 – 50 tahun
147 orang
50 – 60 tahun
112 orang
60 – 70 tahun
58 orang
70 – 80 tahun
45 orang
80 – 90 tahun
15 orang
90 – 100 tahun
2 orang
100 tahun ke atas
Tiada

Pecahan Jantina
JANTINA
BILANGAN
Lelaki
493 orang
Perempuan
575 orang


Pecahan Pekerjaan
JENIS PEKERJAAN
BILANGAN
Sektor kerajaan
230 orang
Sektor swasta
144 orang
Pendidikan
15 orang
Berniaga
12 orang
Sendiri
22 orang
Bercucuk tanam (huma)
28 orang



Dari sebuah perkampungan kecil yang dulunya hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai telah bertukar menjadi sebuah perkampungan yang kian membangun dan dilengkapi oleh prasarana yang lengkap dan moden seperti perkhidmatan bas, talian telefon, bekalan air dan elektrik dan kemudahan awam.
Menurut sejarah, Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti juga kawasan lain di utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. Pemerintahan Kesultanan Brunei berakhir apabila perbalahan di antara Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh dengan Raja Muda Hashim tercetus pada akhir tahun 1841. Dengan menggunakan persenjataan yang lebih canggih pada ketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja Muda Hashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliau telah diberikan jajahan Kuching/Sarawak, dari Tanjung Datu hingga Kuala Sungai Samarahan pada tahun 1846.
Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telah diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. Negeri Sarawak di bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayaran tahunan $1500 sebagai gantian kepada kehilangan cukai dan ufti. Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855. Pada tahun 1861 satu lagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah membayar sebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadong diletakkan dalam Bahagian Kuching/Sarawak di mana pusat pentadbiran terletakl di bandar Kuching/Sarawak.
Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper Sadong) dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Serian telah dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baru yang dinamakan Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberi nama baru iaitu Daerah Simunjan.
Musim berlalu dan masa beredar, pelbagai perubahan telah berlaku dan beberapa bahagian telah diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan negeri Sarawak. antaranya adalah Bahagian Samarahan.
Bahagian Samarahan telah diwujudkan pada 24.7.1986 dengan menggabungkan tiga daerah iaitu Simunjan, Serian dan Samarahan. Sebelum 24.7.1986, Daerah Simunjan, Serian dan Samarahan adalah di bawah Bahagian Kuching. Mengikut sejarah, Daerah simunjan telah wujud pada tahun 1901 dan Daerah Serian dibentuk pada tahun 1955. Semasa di bawah Bahagian Kuching, Daerah Samarahan adalah sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai Muara Tuang. Sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa, Daerah kecil Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah penuh pada 19.8.1983 dan dinamakan Daerah Samarahan. letak di Kota Samarahan.Sesuai dan selari dengan perubahan ini, Pekan Muara Tuang telah dinamakan Kota Samarahan.




4 comments:

fuad saini said...

owh camya...baruk tauk

Unknown said...

ASAL USUL KAMPUNG MUARA TUANG SEBENARNYA ADALAH PERKATAAN "MUARA"ADALAH DARI PENEMPATAN KAMPUNG LAMA DI MANA TERLETAK DI TANJUNG ANTARA PAYA PALOH DAN MERANEK."TUANG"ADALAH KEDUDUKAN KALAU DI PERHATIKAN DARI HILIR SUNGAI ALIRAN AIR SURUT SEPERTI TERBENTUKNYA CORONG.

Unknown said...

ALIRAN AIR DARI PAYA PALOH DAN MERANEKLAH BERBENTUK Y AKAN MEMBUAT AIR MENGALIR UMPAMA KENA TUANG.ITULAH YANG EMAK SAYA CERITAKAN DARI KECIL LAGI.TAPI SAYANG BAGI ANGKATAN BARU TIDAK DAPAT MELIHAT SUNGAI DI BELAKANG KAMPUNG KERANA SUDAH MENJADI DARATAN.

Unknown said...

ALIRAN AIR DARI PAYA PALOH DAN MERANEKLAH BERBENTUK Y AKAN MEMBUAT AIR MENGALIR UMPAMA KENA TUANG.ITULAH YANG EMAK SAYA CERITAKAN DARI KECIL LAGI.TAPI SAYANG BAGI ANGKATAN BARU TIDAK DAPAT MELIHAT SUNGAI DI BELAKANG KAMPUNG KERANA SUDAH MENJADI DARATAN.