Saturday, 16 June 2012

JADILAH DIRI SENDIRI, JANGANLAH HENDAK MENJADI SEPERTI ORANG LAIN

               Janganlah kamu meniru keperibadian org lain dan janganlah kamu mengikut gaya orang lain. Sesungguhnya perbuatan ini adalah seksaan yang berpanjangan, Orang ramai yg melupakan diri mereka, suara dan gerakan mereka, cara berbicara mereka, kemampuan mereka dan keterbatasan mereka, agar mereka dapat meniru keperibadian org lain. Ternyata yg ada hanyalah paksaan, terumbang-ambing dan menghilangkn keperibadian asalnya.
               Sejak Nabi Adam a.s. sampai makhluk yang terakhir tdk pernah ada sama sekali, dua org dalam satu bentuk. Lalu mengapa mereka manyamakan potensi diri dan keperibadiannya?. Kamu adalah sesuatu yg lain yg unik yg tidak pernah ada dalam sejarah, org yg menyamaimu dan tdk akan  pernah ada di muka bumi
              Hiduplah sbgmana kamu diciptakn. Jgnlah kamu ganti tekanan suaramu. Jgnlah kamu ubah cara berjalanmu. Didiklah dirimu sesuai dgn wahyu Allah, ttp jgnlah kamu menghilangkn jati diri kamu dan pula kamu bunuh kebebasanmu.
              Kamu punyai cita rasa tersendiri, warna sendiri dan kami menginginknmu dgn warnamu dan citarasamu ini, sbb kamu diciptakn begini dan kami mengenalimu begini. Kerananya jgnlah seseorg dari kamu tdk memiliki pendirian,
             Sesungguhnya tabiat manusia menyerupai dunia pepohonan ada yg manis dan masam, ada yg tinggi dan pendek, maka hendaklah mereka bersikap demikian. Jika kamu bagaikan buah pisang, jgnlah kamu berubah menjadi strawberi, kerana keindahan dan daya tarikmu adalah ketika kamu menjadi pokok pisang. Sesungguhnya perbezaan warna, bahasa, keutamaan dan potensi diri kita merupakn salah satu tanda2 kebesaran Allah s.w.t. Jadi jgnlah kamu mengingkari tanda2 kebesarannya.