Janganlah kamu meniru keperibadian org lain dan janganlah kamu mengikut gaya orang lain. Sesungguhnya perbuatan ini adalah seksaan yang berpanjangan, Orang ramai yg melupakan diri mereka, suara dan gerakan mereka, cara berbicara mereka, kemampuan mereka dan keterbatasan mereka, agar mereka dapat meniru keperibadian org lain. Ternyata yg ada hanyalah paksaan, terumbang-ambing dan menghilangkn keperibadian asalnya.
Sejak Nabi Adam a.s. sampai makhluk yang terakhir tdk pernah ada sama sekali, dua org dalam satu bentuk. Lalu mengapa mereka manyamakan potensi diri dan keperibadiannya?. Kamu adalah sesuatu yg lain yg unik yg tidak pernah ada dalam sejarah, org yg menyamaimu dan tdk akan pernah ada di muka bumi
Hiduplah sbgmana kamu diciptakn. Jgnlah kamu ganti tekanan suaramu. Jgnlah kamu ubah cara berjalanmu. Didiklah dirimu sesuai dgn wahyu Allah, ttp jgnlah kamu menghilangkn jati diri kamu dan pula kamu bunuh kebebasanmu.
Kamu punyai cita rasa tersendiri, warna sendiri dan kami menginginknmu dgn warnamu dan citarasamu ini, sbb kamu diciptakn begini dan kami mengenalimu begini. Kerananya jgnlah seseorg dari kamu tdk memiliki pendirian,
Sesungguhnya tabiat manusia menyerupai dunia pepohonan ada yg manis dan masam, ada yg tinggi dan pendek, maka hendaklah mereka bersikap demikian. Jika kamu bagaikan buah pisang, jgnlah kamu berubah menjadi strawberi, kerana keindahan dan daya tarikmu adalah ketika kamu menjadi pokok pisang. Sesungguhnya perbezaan warna, bahasa, keutamaan dan potensi diri kita merupakn salah satu tanda2 kebesaran Allah s.w.t. Jadi jgnlah kamu mengingkari tanda2 kebesarannya.
Saturday, 16 June 2012
Sunday, 29 April 2012
10 PERKARA YANG SIA-SIA
Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Tiga Cahaya Di Hari Akhirat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Sunday, 25 March 2012
JANGAN BERSEDIH
JANGAN BERSEDIH, BAHAGIA DAN SENGSARA ADALAH HASIL BUAH FIKIRAN KITA SENDIRI ....................
Mengucapkan: "Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah) dan Allahu Akhbar (Allah Maha Besar) lebih aku sukai daripada bumi dan seisinya."
Salah seorang daripada salafus-soleh pernah berkata tentang orang kaya, istana-istana mereka, rumah-rumah megah mereka dan harta mereka sebagaimana berikut: "Kami makan dan mereka makan, kami minum dan mereka pun juga, kami melihat dan mereka juga melihat. Namun kami tidak akan dihisab ketika mereka dihisab."
Sejak malam pertama di dalam kubur
terlupakanlah
segala istana dan permata para kaisar.
Ketika Allah S.W.T berfirman:
Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya ......(Al-An'am:94)
Orang yang beriman pun berkata:
.............dan benarlah Allah dan RasulNya ......(Al-Ahzab:22)
sedangkan orang munafik berkata :
.............Allah dan RasulNya tidak menjanjikan apa yang anda fikirkan melainkan tipu daya. (Al-Ahzab:12)
Kehidupan anda adalah cermin dari apa yang anda fikirkan. Maka semua perkara yang anda fikirkan dan anda hayati sangat mempengaruhi kehidupan anda, sama ada pada ketika bahagia mahupun sengsara.
Sebuah sindiran mengatakan: "Bila anda tidak beralas kaki, lihatlah orang yang kedua betisnya kudung. Oleh itu, bersyukurlah kepada Tuhanmu di atas nikmat kedua kakimu."
Seorang penyair berkata:
Untuk apa kupenuhi jiwaku
Dengan sesuatu yang mengerikan
Jika peristiwa itu belum terjadi,
Kalau pun peristiwa itu terjadi
Pasti dia tidak akan menyedihkanku
Saturday, 18 February 2012
SEJARAH SOLAT 5 WAKTU
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SOLAT SUBUH:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara yang pertama yang dilihatya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, NAbi Adam a.s pun sembahang dua rakaat
RAKAAT PERTAMA : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
RAKAAT KEDUA : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
SOLAT ZOHOR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
RAKAAT PERTAMA : Tanda bersyukur bagi penebusan.
RAKAAT KEDUA : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
RAKAAT KETIGA : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
RAKAAT KEEMPAT: Tanda bersyukur kerana korbannya digatikan dengan tebusan
kibas.
SOLAT ASAR:
Manusia pertama yang mengerjakan soalt ASAR ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
RAKAAT PERTAMA : Kelam dengan kesalahan.
RAKAAT KEDUA : Kelam dengan air laut.
RAKAAT KETIGA : Kelam dengan malam.
RAKAAT KEEMPAT : Kelam dengan perut ikan Nun.
SOALAT MAGHRIB:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
RAKAAT PERTAMA : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
RAKAT KEDUA : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya
Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
RAKAAT KETIGA : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah SWT semata-mata, tiada dua tau tiganya.
SOALT ISYAK:
Manusai pertama yag mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat Rakaat sebagai tanda bersyukur.
RAKAAT PERTAMA : Tanda dukacita terhadap isterinya.
RAKAAT KEDUA : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
RAKAAT KETIGA : Tanda dukacitanya terhadap Firaun.
RAKAAT KEEMPAT: Tanda dukacitanya terhadap anak Firaun.
AKU BANGGA JADI NEMBIAK KAMPUNG MUARA TUANG
BILANGAN POPULASI
LINGKUNGAN UMUR
|
BILANGAN
|
0 – 10 tahun
|
168 orang
|
10 – 20 tahun
|
152 orang
|
20 – 30 tahun
|
194 orang
|
30 – 40 tahun
|
175 orang
|
40 – 50 tahun
|
147 orang
|
50 – 60 tahun
|
112 orang
|
60 – 70 tahun
|
58 orang
|
70 – 80 tahun
|
45 orang
|
80 – 90 tahun
|
15 orang
|
90 – 100 tahun
|
2 orang
|
100 tahun ke atas
|
Tiada
|
Pecahan Jantina
JANTINA
|
BILANGAN
|
| Lelaki |
493 orang
|
| Perempuan |
575 orang
|
Pecahan Pekerjaan
JENIS PEKERJAAN
|
BILANGAN
|
| Sektor kerajaan |
230 orang
|
| Sektor swasta |
144 orang
|
| Pendidikan |
15 orang
|
| Berniaga |
12 orang
|
| Sendiri |
22 orang
|
| Bercucuk tanam (huma) |
28 orang
|
Dari sebuah perkampungan kecil yang dulunya hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai telah bertukar menjadi sebuah perkampungan yang kian membangun dan dilengkapi oleh prasarana yang lengkap dan moden seperti perkhidmatan bas, talian telefon, bekalan air dan elektrik dan kemudahan awam.
Menurut sejarah, Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti juga kawasan lain di utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. Pemerintahan Kesultanan Brunei berakhir apabila perbalahan di antara Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh dengan Raja Muda Hashim tercetus pada akhir tahun 1841. Dengan menggunakan persenjataan yang lebih canggih pada ketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja Muda Hashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliau telah diberikan jajahan Kuching/Sarawak, dari Tanjung Datu hingga Kuala Sungai Samarahan pada tahun 1846.
Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telah diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. Negeri Sarawak di bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayaran tahunan $1500 sebagai gantian kepada kehilangan cukai dan ufti. Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855. Pada tahun 1861 satu lagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah membayar sebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadong diletakkan dalam Bahagian Kuching/Sarawak di mana pusat pentadbiran terletakl di bandar Kuching/Sarawak.
Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper Sadong) dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Serian telah dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baru yang dinamakan Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberi nama baru iaitu Daerah Simunjan.
Musim berlalu dan masa beredar, pelbagai perubahan telah berlaku dan beberapa bahagian telah diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan negeri Sarawak. antaranya adalah Bahagian Samarahan.
Bahagian Samarahan telah diwujudkan pada 24.7.1986 dengan menggabungkan tiga daerah iaitu Simunjan, Serian dan Samarahan. Sebelum 24.7.1986, Daerah Simunjan, Serian dan Samarahan adalah di bawah Bahagian Kuching. Mengikut sejarah, Daerah simunjan telah wujud pada tahun 1901 dan Daerah Serian dibentuk pada tahun 1955. Semasa di bawah Bahagian Kuching, Daerah Samarahan adalah sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai Muara Tuang. Sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa, Daerah kecil Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah penuh pada 19.8.1983 dan dinamakan Daerah Samarahan. letak di Kota Samarahan.Sesuai dan selari dengan perubahan ini, Pekan Muara Tuang telah dinamakan Kota Samarahan.
Friday, 17 February 2012
AKIDAH (PENGERTIAN DAN MAKSUD ISLAM)
Pengertian dan maksud ISLAM
Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .
Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .
Islam sbagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.
Pengertian “Ad-Dinn”
Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.
Rukun iman
dalil naqli “ Tidaklah bernama kebaikan , apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat , tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah , hari akhirat , malaikat-malaikatNya , kitab-kitabNya , dan nabi-nabiNya.” Surah al-Baqarah ayat 76. (a)
Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.(b)
1. Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah.
2. Beriman bahawa Allah yang mencipta alam ini dengan Sifat-sifatNya yang Maha bijaksan , Maha mengetahui dan tidak memerlukan sesiapa dalam mencipta alam ini dengan
3. beriman bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia melainkan setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri, sebagaimana dalam dalil “ Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main( sesaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya , tidak ada Tuhan selain Dia , Tuhan ( yang mempunyai ) ‘Arasy yang mulia” ( Surah Al-Mukminun ayat 115~116)
4. Beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka Kitab-Kitab dengan tuuan untuk mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal usul mereka dan ke mana mereka akan kembali.
5. Beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali Allah SWT serta mengabdikan diri KepadaNya serta mentaati segala PerintahNya dan meninggalkan LaranganNya. Firman Allah “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” ( Surah Al-Zariyat ayat 56~58)
6. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada Allah ialah syurga, manakala balasan terhadap orang kafir ialah neraka.
7. Beriman bahawa setiap manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian, kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku , melainkan dengan taufiq dan ‘inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Sebagaimana firmanNya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka allah mengilhamkan kamu kepada jiwa itu ( jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” ( surah al-Syams ayat 7~10)
8. beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah .Manusia tidak berhak sama sekali . Bagaimanapun , dibenarkan kepada para ulama ( ilmuan Islam) berijtihad mengeluarkan hokum-hukum dari nas-nas Syari’at dalam batas-batas diizinkan.Sebagaimana firman Allah “ Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya ( terserah ) kepada Allah ( yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah Aku bertawakal, dan kepadaNyalah aku akan kembali.” ( surah Al-Syura ayat 10)
9. Berusaha untuk mengetahui Nama-Nama dan Sifat-SifatNya. Yang membuktikan akan kesempurnaan KetuhananNya.
10. Hendaklah berfikir merenungi kehebatan kejadian kejadian ciptaan Allah ,serta makhluk ciptaanNya , dan bukan memikirkan zatNya .
11. Mengabdikan diri kepada hanya kepada Allah semaa-mata dan tidak menyengutukanNya dengan yang lain. Serta setiap perbuatan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana menyahut seruan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak tunduk pada sesuatu selain Allah. Firman Allah “ Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan di kalangan setiap umat itu seorang Rasul supaya ( menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.” ( Surah A—Nahl ayat 36)
12. Tanamkan dalam diri perasaan takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain . Perasaan takut itu seharusnya dapat menjauhkan diri dari kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.
13. Hendaklah sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepada dengan menyebut NamaNya untuk menjadikan diam itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir .Sebagaimana firman Allah “ Orang-orang yang beriman da hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hnaya dengan mengingati Alah hati menjadi tenang.” ( surah Al-Rad’ ayat 28)
14. hendaklah mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta serta melebihi cinta terhadap yang lain., iaitu cinta yang menjadikan hati sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya, mendorong diri menambahkan amal-amal kebaikan , berkorban dan berjihad di jalanNya sepanjang masa.
15. hendaklah bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNya.Firman Allah “ dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Ia akan memberi kecukupan kepadanya.” ( surah Al-Thalaq ayat 3)
16. Hendaklah mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas diri kita .Firman Allah “ Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( ni’mat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( ni’matKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” ( Surah Ibrahim ayat 7)
17. Hendaklah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, kerana ia dapat membersihkan diri dari dosa serta memperbaharui iman dan taubat.. Firman Allah “ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampunterhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui . Balasannya ialah kemapunan Allah dari tuhan mereka .”(surah Al-Imran Ayat 135)
18. Sentiasa bermuraqabah ( merasai berasa di bawah pengawan) Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.
Sifat-sifat yang wajib bagi Allah
Sebagai jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada allah, hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat Allah itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan.
Adapu kaedah mengetahui sifat-sifat Allah itu terbahagi kepada dua bahagian .
A. Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) , iaitu bahawa seseorang itu mengiktikadkan dengan teguh di dalam hatinya , bahawasayanya wajib bagi Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan keagunganNya , serta mengiktikadkan bahawa mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.
B. Mengetahui sifat-sifat Allah dengan secara tafsili ( lengkap dan terperinci ) , iaitu bahawa seseorang itu beriktikad dengan iktikad yang teguh dengan dalil-dalil akal dan dalil naqli . Bahawasanya wajib bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil Dia bersifat dengan sifat sifat kekurangan.
Dalam hal ini dikehendaki tiga perkara .
a) Iktikad itu hendaklah teguh , tidak bercampur syak atau ragu-ragu. Bilamana iktikad kita masih disertai syak, zhan dan waham, maka tidaklah dapat dikatakan iktikad itu suatu yang betul.
b) Iktikad itu hendaklah bersesuaian dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , kerana inilah iktikad yang sesuai. Bilamana ia tidak seperti demikian , atau menyerupai iktikad Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah ia dinmkan iktikad yang betul.
c) Iktikad itu hendaklah disokong oleh dalil , sekalipun hanya dengan dalil ijmali ( ringkasan). Apabila iktikad kita tidak disertai dengan dalil , maka iktikad itu disebut sebagai iktikad taklid. Sedangkan iktikad atau keyakinan yang tidak teguh dan tidak sesuai dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , para ulama telah sepakat mengatakan bahawa iktikad itu adalah iktikad kafir , manakala taklid tidak dihukumkan kafir.
Perbahasan berkenaan taqlid
Dalam kedudukan iman taqlid ini , terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tauhid . Pendapat yang lebih kuat daripadaNya , mengatakan , mengatakan bahawa orang-orang yang taqlid itu dihukumkan sebagai seorang mukmin yang derhaka , sekiranya seseorang itu mampu untuk mengemukakan dalil-dalil dengan belajar, tetapi dia tidak berbuat demikian , yakni tidak mahu lagi menambah ilmu pengetahuannya dalam masalah akidah ini.
Sebaliknya , seandainya seseorang itu telah berusaha menuntut ilmu, namun dia tidak kuasa juga menemukan dalil-dalil , baik dalil aqli, mahupun dalil naqli, maka tidaklah dia dihukumkan seorang mukmin yang derhaka.
Sifat sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah
Sifat-sifat yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah iaitu
1. wujud ertinya : Ada , dan mustahil bagiNya bersifat tiada
2. Qidam ertinya : dahulu atau sedia . Mustahil bagiNya bersifat ‘ baharu’
3. Baqa’ ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat “ Fana” atau “sementara”
4. Muhkalafafuhi Li’l Hawaditsi , ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat “sama dengan segala yang baharu”.
5. Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil bagi Allah “ berdiri dengan lainNya”
6. Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ berbilang”.
7. Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat “ lemah”
8. Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat “ terpaksa “.
9. Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ jahil” atau “ bodoh”.
10. Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat “ mati”.
11. Sama’ , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat “ pekak”.
12. Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat “ buta”.
13. Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat “ Bisu “.
14. Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil baginya berkeadaan “ lemah”
15. Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ terpaksa “.
16. Kaunuhu ‘alimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ bodoh”.
17. Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Mati”.
18. Kaunuhu sami’un , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “buta”
19. Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ buta “.
20. Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Bisu”.
Sifat yang harus bagi Allah
Mujidu’/ Mumkinat, ertinya : Menciptakan segala yang mumkin ( iaitu apa yang ada di alam ini).
Adab-adab Persahabatan Menurut Islam : Kejujuran dan Keikhlasan
Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.
Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.
Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Tahukah anda, keran tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa kita. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.
Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda…Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat anda ? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam ?
Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.
BERKATA JUJUR WALAUPUN PAHIT........
Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.
Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Tahukah anda, keran tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa kita. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.
Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda…Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat anda ? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam ?
Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.
BERKATA JUJUR WALAUPUN PAHIT........
NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
Dalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke-31. Di dalamnya Allah mengatakan "Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman 'al-Hikmah', bahawa bersyukurlah kepada Allah! sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji" (ayat 12). Al-Quran tidak menerangkan siapakah Luqman itu sebenarnya - apakah dia seorang rasul, pendeta atau ulama. Al-Quran hanya menyebut dia seorang yang telah dikurniakan 'al-Hikmah'. Walau apapun, tentulah dia seorang yang sangat istimewa di sisi Allah, hingga namanya diabadikan di dalam kitab suci-nya. Dan setelah menyatakan bahawa dia telah dikurniakan 'al-Hikmah', al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anaknya, seperti berikut (ayat 13-19):
Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberinya nasihat: wahai anakku! janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar.(13)
Dan kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua ibu-bapanya. Ibunya mengandungkanya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua ibu-bapamu; kepada Akulah jua tempat kembali. (14)
Dan jka mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepadaku. Kemudian, kepada akulah tempat kembali kamu semua, maka aku akan menerangkan kepadamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)
Wahai anakku! sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah, keranan sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuannya lagi Amat Meliputi. (16)
Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yanng demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting. (17)
Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri. (18)
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, itu juga rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)
Wednesday, 15 February 2012
KEHINAAN ANAK YANG TIDAK BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA YANG LANJUT UMUR
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”
Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:
Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]
Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.
Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.
Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]
Berkata al-Qurtubi rahimahullah berkenaan ayat di atas:
Firman Allah: “Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu”: Keadaan ketika umur lanjut diistimewakan kerana dalam keadaan demikian, ibubapa sangat memerlukan bakti anaknya. Ini disebabkan keadaan mereka telah berubah menjadi lemah dan tua renta. Oleh itu dalam keadaan sedemikian, Allah mewajibkan untuk memerhatikan ibubapa melebihi perintah sebelum masa tersebut. Dalam keadaan usia lanjut, ibubapa menjadi lemah sehingga memerlukan rawatan sebagaimana dahulunya ketika kanak-kanak, seorang anak juga memerlukan rawatan ibubapanya. Atas sebab inilah keadaan umur lanjut diistimewakan.
Selain itu, hidup bersama (antara anak dan ibubapanya) dalam jangka waktu yang lama adakalanya menyebabkan seorang anak merasa berat, bosan dan banyak mengeluh sehingga menampakkan kemarahan kepada ibubapanya (yang sudah lanjut umur), menunjukkan urat lehernya yang menegang atau bahkan mencaci keduanya. Ini semua berlaku lantaran kedekatan hubungan seorang anak yang tidak diimbangi dengan nilai agama yang baik. Sikap buruk yang paling ringan ialah mengeluarkan nafas mengeluh.
Justeru (dalam suasana seperti ini) Allah memerintah (kepada anak) untuk bersikap kepada ibubapanya dengan tutur kata yang mengandungi kemuliaan, bersih daripada semua kecacatan. Firman Allah: “…janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan "Uff”, maksudnya, janganlah berbicara dengan ibubapa dengan ucapan yang mengandung isyarat kemarahan, sekalipun sedikit. Mujahid berkata: “Ertinya, apabila kamu (seorang anak) melihat ibubapanya di usia lanjut membuang air besar dan air kecil di sebarangan tempat sepertimana yang pernah terjadi kepada kamu apabila kamu masih kecil, maka janganlah mengeluh dan berkata “Uff” kepada mereka.”
Firman Allah: “katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”, yakni tutur kata yang halus dan sopan seperti “Wahai ayahku”, “Wahai ibuku”, tanpa menyebut namanya dan gelarannya. Ibn Baddah al-Tujaini berkata, aku bertanya kepada Sa‘id ibn Musayyab: “Semua jenis berbuat baik kepada ibubapa yang disebut dalam al-Qur’an telah aku fahami, kecuali firman Allah: “katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan yang mulia?” Sa‘id ibn Musayyab menjawab: “Seperti ucapan seorang budak yang melakukan kesalahan di hadapan tuannya yang berperangai kasar lagi keras.”[2]
AMALAN AYAT & SURAH SERTA KEBAIKANNYA
1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaj tidur nescaya akan terselamatdari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Hadith yang lain menyatakan : Barangsiapa yang membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihat beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan : Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarkan darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil seklai ilah azab neraka.
4) SURAH AL-BAQARAH (sapi betina) Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
5) SURAH ALI-IMRAN (keluarga Imran) Barangsiapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
6) SURAH AN-NISSA (perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaallah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, ke atas air lalu di beri minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
10) SURAH AL - ANFAL (Rampasan) Barangsiapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekelian manusia.
11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Permutus Hubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqkan dan akan mencapai hakikat iman. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anal dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
13) SURAH AL-HUD (Hud) Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barangsiapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barangsiapa yang membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
15) SURAH AR-RA'D ( Petir) Barangsiapa yang membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barangsiapa membaca ayat -ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
17) SURAH AL-IIIJ'R ( Batu Gunung) Barangsiapa yang membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat dari gugurnya.
18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-Anak Israil) Barang
2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaj tidur nescaya akan terselamatdari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Hadith yang lain menyatakan : Barangsiapa yang membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihat beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan : Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarkan darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil seklai ilah azab neraka.
4) SURAH AL-BAQARAH (sapi betina) Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
5) SURAH ALI-IMRAN (keluarga Imran) Barangsiapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
6) SURAH AN-NISSA (perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaallah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, ke atas air lalu di beri minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
10) SURAH AL - ANFAL (Rampasan) Barangsiapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekelian manusia.
11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Permutus Hubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqkan dan akan mencapai hakikat iman. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anal dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
13) SURAH AL-HUD (Hud) Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barangsiapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barangsiapa yang membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
15) SURAH AR-RA'D ( Petir) Barangsiapa yang membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barangsiapa membaca ayat -ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
17) SURAH AL-IIIJ'R ( Batu Gunung) Barangsiapa yang membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat dari gugurnya.
18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-Anak Israil) Barang
Subscribe to:
Comments (Atom)



