Janganlah kamu meniru keperibadian org lain dan janganlah kamu mengikut gaya orang lain. Sesungguhnya perbuatan ini adalah seksaan yang berpanjangan, Orang ramai yg melupakan diri mereka, suara dan gerakan mereka, cara berbicara mereka, kemampuan mereka dan keterbatasan mereka, agar mereka dapat meniru keperibadian org lain. Ternyata yg ada hanyalah paksaan, terumbang-ambing dan menghilangkn keperibadian asalnya.
Sejak Nabi Adam a.s. sampai makhluk yang terakhir tdk pernah ada sama sekali, dua org dalam satu bentuk. Lalu mengapa mereka manyamakan potensi diri dan keperibadiannya?. Kamu adalah sesuatu yg lain yg unik yg tidak pernah ada dalam sejarah, org yg menyamaimu dan tdk akan pernah ada di muka bumi
Hiduplah sbgmana kamu diciptakn. Jgnlah kamu ganti tekanan suaramu. Jgnlah kamu ubah cara berjalanmu. Didiklah dirimu sesuai dgn wahyu Allah, ttp jgnlah kamu menghilangkn jati diri kamu dan pula kamu bunuh kebebasanmu.
Kamu punyai cita rasa tersendiri, warna sendiri dan kami menginginknmu dgn warnamu dan citarasamu ini, sbb kamu diciptakn begini dan kami mengenalimu begini. Kerananya jgnlah seseorg dari kamu tdk memiliki pendirian,
Sesungguhnya tabiat manusia menyerupai dunia pepohonan ada yg manis dan masam, ada yg tinggi dan pendek, maka hendaklah mereka bersikap demikian. Jika kamu bagaikan buah pisang, jgnlah kamu berubah menjadi strawberi, kerana keindahan dan daya tarikmu adalah ketika kamu menjadi pokok pisang. Sesungguhnya perbezaan warna, bahasa, keutamaan dan potensi diri kita merupakn salah satu tanda2 kebesaran Allah s.w.t. Jadi jgnlah kamu mengingkari tanda2 kebesarannya.
Saturday, 16 June 2012
Sunday, 29 April 2012
10 PERKARA YANG SIA-SIA
Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Tiga Cahaya Di Hari Akhirat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Sunday, 25 March 2012
JANGAN BERSEDIH
JANGAN BERSEDIH, BAHAGIA DAN SENGSARA ADALAH HASIL BUAH FIKIRAN KITA SENDIRI ....................
Mengucapkan: "Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah) dan Allahu Akhbar (Allah Maha Besar) lebih aku sukai daripada bumi dan seisinya."
Salah seorang daripada salafus-soleh pernah berkata tentang orang kaya, istana-istana mereka, rumah-rumah megah mereka dan harta mereka sebagaimana berikut: "Kami makan dan mereka makan, kami minum dan mereka pun juga, kami melihat dan mereka juga melihat. Namun kami tidak akan dihisab ketika mereka dihisab."
Sejak malam pertama di dalam kubur
terlupakanlah
segala istana dan permata para kaisar.
Ketika Allah S.W.T berfirman:
Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya ......(Al-An'am:94)
Orang yang beriman pun berkata:
.............dan benarlah Allah dan RasulNya ......(Al-Ahzab:22)
sedangkan orang munafik berkata :
.............Allah dan RasulNya tidak menjanjikan apa yang anda fikirkan melainkan tipu daya. (Al-Ahzab:12)
Kehidupan anda adalah cermin dari apa yang anda fikirkan. Maka semua perkara yang anda fikirkan dan anda hayati sangat mempengaruhi kehidupan anda, sama ada pada ketika bahagia mahupun sengsara.
Sebuah sindiran mengatakan: "Bila anda tidak beralas kaki, lihatlah orang yang kedua betisnya kudung. Oleh itu, bersyukurlah kepada Tuhanmu di atas nikmat kedua kakimu."
Seorang penyair berkata:
Untuk apa kupenuhi jiwaku
Dengan sesuatu yang mengerikan
Jika peristiwa itu belum terjadi,
Kalau pun peristiwa itu terjadi
Pasti dia tidak akan menyedihkanku
Saturday, 18 February 2012
SEJARAH SOLAT 5 WAKTU
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SOLAT SUBUH:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara yang pertama yang dilihatya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, NAbi Adam a.s pun sembahang dua rakaat
RAKAAT PERTAMA : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
RAKAAT KEDUA : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
SOLAT ZOHOR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
RAKAAT PERTAMA : Tanda bersyukur bagi penebusan.
RAKAAT KEDUA : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
RAKAAT KETIGA : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
RAKAAT KEEMPAT: Tanda bersyukur kerana korbannya digatikan dengan tebusan
kibas.
SOLAT ASAR:
Manusia pertama yang mengerjakan soalt ASAR ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
RAKAAT PERTAMA : Kelam dengan kesalahan.
RAKAAT KEDUA : Kelam dengan air laut.
RAKAAT KETIGA : Kelam dengan malam.
RAKAAT KEEMPAT : Kelam dengan perut ikan Nun.
SOALAT MAGHRIB:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
RAKAAT PERTAMA : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
RAKAT KEDUA : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya
Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
RAKAAT KETIGA : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah SWT semata-mata, tiada dua tau tiganya.
SOALT ISYAK:
Manusai pertama yag mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat Rakaat sebagai tanda bersyukur.
RAKAAT PERTAMA : Tanda dukacita terhadap isterinya.
RAKAAT KEDUA : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
RAKAAT KETIGA : Tanda dukacitanya terhadap Firaun.
RAKAAT KEEMPAT: Tanda dukacitanya terhadap anak Firaun.
AKU BANGGA JADI NEMBIAK KAMPUNG MUARA TUANG
BILANGAN POPULASI
LINGKUNGAN UMUR
|
BILANGAN
|
0 – 10 tahun
|
168 orang
|
10 – 20 tahun
|
152 orang
|
20 – 30 tahun
|
194 orang
|
30 – 40 tahun
|
175 orang
|
40 – 50 tahun
|
147 orang
|
50 – 60 tahun
|
112 orang
|
60 – 70 tahun
|
58 orang
|
70 – 80 tahun
|
45 orang
|
80 – 90 tahun
|
15 orang
|
90 – 100 tahun
|
2 orang
|
100 tahun ke atas
|
Tiada
|
Pecahan Jantina
JANTINA
|
BILANGAN
|
| Lelaki |
493 orang
|
| Perempuan |
575 orang
|
Pecahan Pekerjaan
JENIS PEKERJAAN
|
BILANGAN
|
| Sektor kerajaan |
230 orang
|
| Sektor swasta |
144 orang
|
| Pendidikan |
15 orang
|
| Berniaga |
12 orang
|
| Sendiri |
22 orang
|
| Bercucuk tanam (huma) |
28 orang
|
Dari sebuah perkampungan kecil yang dulunya hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai telah bertukar menjadi sebuah perkampungan yang kian membangun dan dilengkapi oleh prasarana yang lengkap dan moden seperti perkhidmatan bas, talian telefon, bekalan air dan elektrik dan kemudahan awam.
Menurut sejarah, Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti juga kawasan lain di utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. Pemerintahan Kesultanan Brunei berakhir apabila perbalahan di antara Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh dengan Raja Muda Hashim tercetus pada akhir tahun 1841. Dengan menggunakan persenjataan yang lebih canggih pada ketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja Muda Hashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliau telah diberikan jajahan Kuching/Sarawak, dari Tanjung Datu hingga Kuala Sungai Samarahan pada tahun 1846.
Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telah diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. Negeri Sarawak di bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayaran tahunan $1500 sebagai gantian kepada kehilangan cukai dan ufti. Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855. Pada tahun 1861 satu lagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah membayar sebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadong diletakkan dalam Bahagian Kuching/Sarawak di mana pusat pentadbiran terletakl di bandar Kuching/Sarawak.
Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper Sadong) dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Serian telah dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baru yang dinamakan Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberi nama baru iaitu Daerah Simunjan.
Musim berlalu dan masa beredar, pelbagai perubahan telah berlaku dan beberapa bahagian telah diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan negeri Sarawak. antaranya adalah Bahagian Samarahan.
Bahagian Samarahan telah diwujudkan pada 24.7.1986 dengan menggabungkan tiga daerah iaitu Simunjan, Serian dan Samarahan. Sebelum 24.7.1986, Daerah Simunjan, Serian dan Samarahan adalah di bawah Bahagian Kuching. Mengikut sejarah, Daerah simunjan telah wujud pada tahun 1901 dan Daerah Serian dibentuk pada tahun 1955. Semasa di bawah Bahagian Kuching, Daerah Samarahan adalah sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai Muara Tuang. Sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa, Daerah kecil Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah penuh pada 19.8.1983 dan dinamakan Daerah Samarahan. letak di Kota Samarahan.Sesuai dan selari dengan perubahan ini, Pekan Muara Tuang telah dinamakan Kota Samarahan.
Friday, 17 February 2012
AKIDAH (PENGERTIAN DAN MAKSUD ISLAM)
Pengertian dan maksud ISLAM
Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .
Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .
Islam sbagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.
Pengertian “Ad-Dinn”
Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.
Rukun iman
dalil naqli “ Tidaklah bernama kebaikan , apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat , tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah , hari akhirat , malaikat-malaikatNya , kitab-kitabNya , dan nabi-nabiNya.” Surah al-Baqarah ayat 76. (a)
Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.(b)
1. Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah.
2. Beriman bahawa Allah yang mencipta alam ini dengan Sifat-sifatNya yang Maha bijaksan , Maha mengetahui dan tidak memerlukan sesiapa dalam mencipta alam ini dengan
3. beriman bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia melainkan setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri, sebagaimana dalam dalil “ Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main( sesaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya , tidak ada Tuhan selain Dia , Tuhan ( yang mempunyai ) ‘Arasy yang mulia” ( Surah Al-Mukminun ayat 115~116)
4. Beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka Kitab-Kitab dengan tuuan untuk mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal usul mereka dan ke mana mereka akan kembali.
5. Beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali Allah SWT serta mengabdikan diri KepadaNya serta mentaati segala PerintahNya dan meninggalkan LaranganNya. Firman Allah “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” ( Surah Al-Zariyat ayat 56~58)
6. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada Allah ialah syurga, manakala balasan terhadap orang kafir ialah neraka.
7. Beriman bahawa setiap manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian, kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku , melainkan dengan taufiq dan ‘inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Sebagaimana firmanNya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka allah mengilhamkan kamu kepada jiwa itu ( jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” ( surah al-Syams ayat 7~10)
8. beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah .Manusia tidak berhak sama sekali . Bagaimanapun , dibenarkan kepada para ulama ( ilmuan Islam) berijtihad mengeluarkan hokum-hukum dari nas-nas Syari’at dalam batas-batas diizinkan.Sebagaimana firman Allah “ Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya ( terserah ) kepada Allah ( yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah Aku bertawakal, dan kepadaNyalah aku akan kembali.” ( surah Al-Syura ayat 10)
9. Berusaha untuk mengetahui Nama-Nama dan Sifat-SifatNya. Yang membuktikan akan kesempurnaan KetuhananNya.
10. Hendaklah berfikir merenungi kehebatan kejadian kejadian ciptaan Allah ,serta makhluk ciptaanNya , dan bukan memikirkan zatNya .
11. Mengabdikan diri kepada hanya kepada Allah semaa-mata dan tidak menyengutukanNya dengan yang lain. Serta setiap perbuatan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana menyahut seruan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak tunduk pada sesuatu selain Allah. Firman Allah “ Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan di kalangan setiap umat itu seorang Rasul supaya ( menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.” ( Surah A—Nahl ayat 36)
12. Tanamkan dalam diri perasaan takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain . Perasaan takut itu seharusnya dapat menjauhkan diri dari kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.
13. Hendaklah sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepada dengan menyebut NamaNya untuk menjadikan diam itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir .Sebagaimana firman Allah “ Orang-orang yang beriman da hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hnaya dengan mengingati Alah hati menjadi tenang.” ( surah Al-Rad’ ayat 28)
14. hendaklah mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta serta melebihi cinta terhadap yang lain., iaitu cinta yang menjadikan hati sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya, mendorong diri menambahkan amal-amal kebaikan , berkorban dan berjihad di jalanNya sepanjang masa.
15. hendaklah bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNya.Firman Allah “ dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Ia akan memberi kecukupan kepadanya.” ( surah Al-Thalaq ayat 3)
16. Hendaklah mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas diri kita .Firman Allah “ Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( ni’mat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( ni’matKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” ( Surah Ibrahim ayat 7)
17. Hendaklah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, kerana ia dapat membersihkan diri dari dosa serta memperbaharui iman dan taubat.. Firman Allah “ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampunterhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui . Balasannya ialah kemapunan Allah dari tuhan mereka .”(surah Al-Imran Ayat 135)
18. Sentiasa bermuraqabah ( merasai berasa di bawah pengawan) Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.
Sifat-sifat yang wajib bagi Allah
Sebagai jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada allah, hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat Allah itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan.
Adapu kaedah mengetahui sifat-sifat Allah itu terbahagi kepada dua bahagian .
A. Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) , iaitu bahawa seseorang itu mengiktikadkan dengan teguh di dalam hatinya , bahawasayanya wajib bagi Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan keagunganNya , serta mengiktikadkan bahawa mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.
B. Mengetahui sifat-sifat Allah dengan secara tafsili ( lengkap dan terperinci ) , iaitu bahawa seseorang itu beriktikad dengan iktikad yang teguh dengan dalil-dalil akal dan dalil naqli . Bahawasanya wajib bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil Dia bersifat dengan sifat sifat kekurangan.
Dalam hal ini dikehendaki tiga perkara .
a) Iktikad itu hendaklah teguh , tidak bercampur syak atau ragu-ragu. Bilamana iktikad kita masih disertai syak, zhan dan waham, maka tidaklah dapat dikatakan iktikad itu suatu yang betul.
b) Iktikad itu hendaklah bersesuaian dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , kerana inilah iktikad yang sesuai. Bilamana ia tidak seperti demikian , atau menyerupai iktikad Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah ia dinmkan iktikad yang betul.
c) Iktikad itu hendaklah disokong oleh dalil , sekalipun hanya dengan dalil ijmali ( ringkasan). Apabila iktikad kita tidak disertai dengan dalil , maka iktikad itu disebut sebagai iktikad taklid. Sedangkan iktikad atau keyakinan yang tidak teguh dan tidak sesuai dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , para ulama telah sepakat mengatakan bahawa iktikad itu adalah iktikad kafir , manakala taklid tidak dihukumkan kafir.
Perbahasan berkenaan taqlid
Dalam kedudukan iman taqlid ini , terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tauhid . Pendapat yang lebih kuat daripadaNya , mengatakan , mengatakan bahawa orang-orang yang taqlid itu dihukumkan sebagai seorang mukmin yang derhaka , sekiranya seseorang itu mampu untuk mengemukakan dalil-dalil dengan belajar, tetapi dia tidak berbuat demikian , yakni tidak mahu lagi menambah ilmu pengetahuannya dalam masalah akidah ini.
Sebaliknya , seandainya seseorang itu telah berusaha menuntut ilmu, namun dia tidak kuasa juga menemukan dalil-dalil , baik dalil aqli, mahupun dalil naqli, maka tidaklah dia dihukumkan seorang mukmin yang derhaka.
Sifat sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah
Sifat-sifat yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah iaitu
1. wujud ertinya : Ada , dan mustahil bagiNya bersifat tiada
2. Qidam ertinya : dahulu atau sedia . Mustahil bagiNya bersifat ‘ baharu’
3. Baqa’ ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat “ Fana” atau “sementara”
4. Muhkalafafuhi Li’l Hawaditsi , ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat “sama dengan segala yang baharu”.
5. Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil bagi Allah “ berdiri dengan lainNya”
6. Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ berbilang”.
7. Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat “ lemah”
8. Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat “ terpaksa “.
9. Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ jahil” atau “ bodoh”.
10. Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat “ mati”.
11. Sama’ , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat “ pekak”.
12. Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat “ buta”.
13. Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat “ Bisu “.
14. Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil baginya berkeadaan “ lemah”
15. Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ terpaksa “.
16. Kaunuhu ‘alimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ bodoh”.
17. Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Mati”.
18. Kaunuhu sami’un , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “buta”
19. Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ buta “.
20. Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Bisu”.
Sifat yang harus bagi Allah
Mujidu’/ Mumkinat, ertinya : Menciptakan segala yang mumkin ( iaitu apa yang ada di alam ini).
Subscribe to:
Comments (Atom)

